Followers


ShoutMix chat widget

Saturday, January 22, 2011

Ketengangan ('Baby blues') selepas melahirkan


      Sesetengah ibu akan mengalami ketegangan sebaik sahaja selepas bersalin. Ini dikenali sebagai ‘postpartum depression’ atau ‘baby blues’ atau dikenali juga sebagai ‘third day blues’ kerana biasanya terjadi selepas hari ketiga kelahiran. 

     Sesetengah kes berlaku selepas satu atau dua minggu kelahiran, yang mana mereka berasa terlalu sensitif dan emosional meskipun terhadap perkara-perkara yang kecil dan remeh. Kajian menunjukkan wanita yang mengalami ketegangan ini biasanya mempunyai bayi yang kerap menangis.

      Namun belum dibuktikan sama ada bayi meragam yang membuatkan si ibu tertekan, atau pun keadaan ibu yang tidak gembira membuatkan bayi turut meragam. Namun kemungkinan kedua-dua hal ini benar, ia merupakan satu putaran yang terus berulang.

       Mungkin anda berfikir bahawa anda tidak pernah mengalami ketegangan seumpamanya. Namun kajian menunjukkan hampir semua ibu mengalami fenomena ini, cuma tempoh yang singkat menyebabkan mereka tidak menyedarinya.

 Biasanya mereka mengalaminya hanya selama beberapa hari dan terus lupa sebaik sahaja fenomena itu berakhir.


No comments:

Post a Comment