Followers


ShoutMix chat widget

Saturday, January 22, 2011

Bagaimana 'baby blues' bermula & Cara mengatasinya



      Perasaan yang tidak menentu boleh bermula dengan sesuatu perkara remah yang adakalanya tidak berkaitan sama sekali. Misalnya, seorang rakan anda masuk ke bilik anda dan bertanya khabar. Tanpa sebab munasabah, anda tiba-tiba saja menangis. 

     Reaksi suami yang tidak pandai memujuk, melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak anda akan menambah lagi tekanan perasaan. Sesetengah wanita tidak suka menangis di hadapan orang lain terutama suami mereka, oleh itu mereka sentiasa menahan perasaan. Keadaan ini menyebabkan perasaan mereka semakin tertekan.

Cara mengatasi

Perasaan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Misalnya, anda sendiri yang memutuskan untuk menghentikannya dengan mengatasi segala masalah yang timbul dan lebih berani berhadapan dengan segala perkara yang mendatang. 

Tip

1. Kurangkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja rumah, usahakan seseorang untuk membantu anda.

2. Jangan pendam perasaan. Biarkan diri anda menangis kerana ia cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Jangan rasa malu untuk meluahkan perasaan.

3. Jelaskan kepada suami anda kenapa anda menjadi emosi dan jelaskan kepadanya bahawa anda tidak mengharapkannya untuk menyelesaikannya tetapi cukup sekadar memahami. Misalnya memeluk anda sewaktu anda menangis.

4. Bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memahami tekanan perasaan yang anda alami. Menyembunyikan perasaan tidak menyelesaikan masalah.

5. Minta pertolongan. Jika anda memerlukan pertolongan atau nasihat, carilah seseorang yang boleh membantu anda.

6. Luangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri anda. Minta seseorang untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukannya.

‘Baby blues’ yang serius dan semakin parah dinamakan ‘postpartum depression’. Dalam kes ini, keluarga yang terlibat haruslah mendapatkan bantuan profesional.

No comments:

Post a Comment