Followers


ShoutMix chat widget

Saturday, January 15, 2011

Bersediakah Anda Untuk Berkahwin?

BERKAHWIN ITU SATU IBADAH

Kebanyakan daripada kita semua mungkin telah bertemu dengan pasangan yang kita cintai. Namun, persoalannya ada yang masih belum yakin untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke dengan sebuah ikatan sah. 

Banyak yang harus difikirkan sebelum kita mengakhiri ikatan yang terjalin dengan sebuah perkahwinan. Hal inilah yang menyebabkan kita merasa sangsi dengan keputusan tentang bila mahu menamatkan zaman bujang. 
Oleh itu berikut adalah beberapa panduan agar anda dapat membuat keputusan yang tepat mengenai isu perkahwinan yang membelenggu diri anda.

Sedia laksanakan tanggungjawab
Perkara paling utama adalah sudahkah anda bersedia untuk menjalankan tanggungjawab anda terhadap pasangan dan bakal anak-anak anda nanti? Sediakan kewangan yang kukuh sebelum mendirikan rumahtangga agar tiada timbul isu yang kurang enak didengar. Percaya atau tidak sebenarnya masalah kewangan adalah salah satu punca keruntuhan rumahtangga. 

Sedia untuk berkongsi
Kita harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk terima kelemahan pasangan
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.
Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
Sedia menerima peribadi si dia
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Sedia punya anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Jika semuanya anda sudah bersedia apalagi di tunggu? Perkara baik eloklah disegerakan bukan?

No comments:

Post a Comment