Followers


ShoutMix chat widget

Wednesday, January 19, 2011

25 sebab suami Bosan!


Semua orang mempunyai kesabaran yang ada hadnya. begitu juga suami kita. Terdapat beberapa perkara yang pada si isteri biasa tetapi pada sang suami hal ini merimaskan beliau dan boleh meledakkan kemarahan mereka. Di sini dikongsi beberapa sebab yang mengundang angin marah suami.

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”

Ingat sikap yang 'terlebih' sebegini boleh merosakkan keharmonian rumahtangga anda. Hati2 ya semua.

10 Sebab Kenapa Lelaki Membujang

Semua orang menginginkan hidupnya diakhiri dengan zaman perkahwinan. Namun begitu terdapat juga beberapa lelaki yang mmemilih untuk membujang dari berkahwin. berikut adalah mungkin punca2nya..

1. Memang tidak ada nafsu tehadap perempuan.
2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih sehingga wujud perasaan tidak mempercayai perempuan lagi.
3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak poranda atau pernah melihat kekejaman ayah tehadap ibunya.
4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk barumah tangga.
5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.
6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.
7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.
8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.
9. Bimbang tidak bisa membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.
10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.

Seharusnya para lelaki mempunyai keyakinan dalam hal ini kerana mereka harus tau nikmat perkahwinan dan tanggungjawab penting apabila berkahwin nanti. 

Tuesday, January 18, 2011

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Suami



Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka.
Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Renung-renungkan dan selamat beramal..semoga rumahtangga anda sentiasa harmoni..Insya'Allah.

8C Buat Suami Benci Isteri



C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2. Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. 

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak.

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

Ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai. Ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

 Semoga para isteri dan bakal isteri ambik berat akan perkara ini ya. Semoga kita menjadi isteri kesayangan  suami.

8 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan


1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Anda perlu bijak menangani masalah tersebut agar anda tidak saling keseorangan apabila masing-masing membawa diri ketika berlaku hal tersebut.

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi anda untuk saling mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata.


4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Susah untuk mencari pasangan yang adil dalam pembahagian tanggungjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri yang akan lebih banyak berkorban dari segi urusan rumahtangga.

5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu..

6. TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan. Jadikan perbezaan itu sebagai medium untuk saling melengkapi.

7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam ruamhtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling. Namun penting bagi anda dan pasangan untuk sentiasa berusaha yang terbaik ketika bersama.

Semoga anda semua sentiasa berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat bersama si dia. Insya'Allah.

Sunday, January 16, 2011

Suami Matang Tonggak rumah tangga bahagia


SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka. Selain itu, soal kewangan juga boleh menjadi penyebab mencetuskan perselisihan.

Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap teruna dan dara yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri yang bersifat pelembut, mudah tersinggung, berlainan cara berfikir dan pandangan terhadap hidup serta mempunyai hak yang tidak boleh diperkecil dan diabaikan.

Mendirikan sebuah rumah tangga memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan. Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.

Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang. Keadaan ini jelas dari firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).

Rasa cinta sebegini, boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa. Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.

Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.

Isteri juga akan berasa dirinya dihargai apabila suami secara terang-terangan memperlihatkan kebahagiaan dan kegembiraan mengharungi alam rumah tangga bersamanya. Dia berasa lebih dihargai jika suami sering meminta buah fikirannya dalam perkara yang menyentuh kehidupan mereka.

Namun, semua ini bukan bermaksud suami perlu menyembunyikan kemarahan apabila mendapati isteri melakukan sesuatu yang salah. Suami hendaklah menegur dan menasihati secara tegas dan bijaksana serta sentiasa menunjukkan kesediaan untuk memaafkan dan melupakannya.

Rasulullah saw meletakkan kriteria untuk mengukur manusia yang terbaik dan berjaya dalam kehidupan rumah tangga melalui sabda Baginda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik kepada keluarganya (isterinya), dan di kalangan kamu, akulah yang paling baik kepada keluargaku (isteri-isteriku.” (Hadis Riwayat Tabrani dan Tirmizi).

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri. Dalam bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal. Isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora. Insyaallah.


Komunikasi Eratkan Hubungan Suami Isteri



Siti dan Mat kedua-duanya sibuk bekerja. Pasangan muda ini masing-masing bekerja di syarikat swasta. Siti bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan Mat sebagai jurutera electronik. Mereka baru saja mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. Walaupun telah lama berkenalan, perkahwinan membuka lembaran baru di dalam perhubungan mereka.

Pada hari Ahad lepas, Siti bangun awal dari Mat, ia bergegas ke dapur menyediakan sarapan. Sambil menyanyi riang dan dengan penuh minat, Siti menyediakan nasi goreng kesukaan Mat. .Bau kopi panas di ruang dapur amat menyelerakan Siti. Mat belum juga muncul dari bilik tidur ! Siti pergi mendapatkan Mat.

”Bang, mari lah makan, nanti dah sejuk tak sedap! Siti masak nasi goreng kesukaan Abang”. Mat masih mengantuk. Dia telah tidur lambat semalam setelah tidak dapat membuat rumusan pada kertas kerja yang perlu dihantar pada hari Isnin.

“Siti makan la dulu, Abang nak tidur ni”. Mat berkata ,sambil mata masih pejam...

“Alaaaa jumlaaaa, kalau Siti nak makan sorang tak payahlah Siti kahwin, dah la hari lain pun Siti makan sorang kat kantin, takkan hari Ahad pun Siti makan sorang juga”...

Mat cuma mengumam sesuatu dimulutnya….”Hmmmm sambil menarik selimut dan terus tidur”. Tidak lama kemudian hanya dengkuran nafasnya yang kedengaran menunjukkan dia sudah pun lena.

Siti mengeluh panjang, menuju kemeja makan dan memakan sarapan seorang diri.

Mari kita lihat semula dailog ini dengan memasukkan sekali suara hati masing-masing:

Siti didapur memikir, hari ini dapat saya bermesra dengan suami ku!Lepas saya sediakan sarapan boleh kita makan bersama. Rindu saya pada suami, banyak yang nak saya beritahu padanya!

Mat pula menganggap hari Ahad hari untuk dia berehat. Mengikut contoh ibu bapa Mat. Mat beranggapan suami isteri tidak perlu berkomunikasi dan berinteraksi sangat. Mat terbiasa dengan sikap ayahnya yang tidak pernah duduk berborak dengan isterinya. Ibu Mat pula memang pendiam bila berhadapan dengan suaminya dan hanya akan bercakap bila berjumpa dengan kawan-kawan perempuannya.

Semasa Siti kejut Mat dari tidur, Mat berasa marah sebab Siti menganggu tidurnya. Mat berasa Siti tidak prihatin tentang kehendak dan keperluannya.

Semasa Siti didapur memakan nasi goreng seorang diri, Siti terkenang ayah ibunya yang sentiasa bergurau dan bercerita diantara satu sama lain. Siti tidak faham kenapa Mat bersikap begini dan tidak mahu bangun untuk makan sarapan bersama. Bukanlah awal sangat, waktu sudah pukul sepuluh pagi, takkan mengantuk lagi! Hilang perasaan riang Siti, malahan terus jadi masam dan murung. Siti tak jadi kemas rumah, langsung mengambil buku cerita dan baring di sofa ruang tamu .Rancangan Siti tadi kemas rumah bersama, sepertimana kebiasaan ayah ibunya yang kedua-duanya bekerja.

Apa pula kata Mat nanti bila dia bangun tidur dan lihat isterinya dengan rumah berselerak membaca buku cerita?

Semasa kita mula berumah tangga, kita mempunyai tanggapan masing-masing tentang tugas dan tanggung jawab pasangan kita. Contoh teladan ibu ayah akan menyebabkan kita mempunyai ekspektasi tentang pasangan kita. Namun demikian, pasangan kita pula yang dari keluarga yang mempunyai perhubungan yang berbeda dari perhubungan ibu ayah kita akan mempunyai ekspektasi dan tanggapan yang berlainan pula.

Ini tidak bererti kita tidak boleh berumah tangga tetapi apa yang perlu adalah komunikasi yang baik. Agar kita lebih memahami kehendak danpengharapan masing masing.

Di dalam kisah Mat dan Siti, keluarga Mat berbentuk keluarga zaman silam dimana wanita tidak disayangi tetapi dianggap memenuhi keperluan lelaki untuk berkelamin, membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga. Di dalam bentuk keluarga begini, suami sebagai ketua dan tuan, perlu dihornati dan ditakuti serta dipatuhi segala kemahuan dan arahannya. Diantara suami isteri ini, tidak ada jalinan mesra, malahan kadang kala isteri berasa geram dengan arahan yang pada pendapat isteri kurang munasabah. Suami sebagai ketua rumah tangga bekerja dan isteri tidak bekerja.

Keluarga Siti pula sangat berlainan. Ibu ayahnya berkahwin atas dasar cinta. Kedua-duanya bekerja sebagai guru semasa muda dan mereka selalu berbincang sebelum membuat apa-apa keputusan. Siti pernah melihat ibu ayahnya bertengkar tetapi Siti tidak pernah cemas melihat pertengkaran mereka sebab masing-masing akan mendengar dengan baik dan akan selesaikan perbezaan pendapat mereka dengan masing-masing beralah sedikit dari pendapat asal. Semasa ibu Siti perlu menghadiri aktiviti tambahan di luar, ayah Siti akan mengambil alih tugas memasak dan kerja rumah dan demikian juga sebaliknya.

Siti perlu memahami latar belakang Mat dan bersabar dengan kelemahan Mat yang berpunca dari scripting keluarga Mat, Mat pula perlu sedar tentang perbezaan persepsi kehidupan berkeluarga diantara Siti dan ibunya sendiri. Mat perlu faham Siti bekerja dan sama penat pada hujung minggu. Jadi Mat dan Siti perlu menyedari bahwa perhubungan suami isteri yang intim bergantung kepada kelicinan komunikasi diantara mereka. Mendalami ajaran Nabi tentang hubungan suami isteri akan menolong pasangan ini.

Tindakan ini amatlah bertepatan dengan ayat Al Qur’an dari Surah An Nisa’: ayat 35 bermaksud:

“ Dan jika kamu khawatirkan ada persingketaan (perbezaan pendapat) antara keduanya, maka kirimlah ‘juru pendamai’ dari pihak lelaki dan perempuan. Jika kedua pihak itu bertujuan mengadakan ‘pembaikan(perdamaian), nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenali.

Maksud juru pendamai termasuklah ‘kaunselor, psikiatri, ahli psikologi, hakim, ketua keluarga, dimana dalam proses ini melibatkan komunikasi yang licin, saling memahami, penuh kasih sayang dan bertangungjawab untuk mencari penyelesaian dan ketenangan.

Model keluarga Melayu zaman silam yang kurang kemesraan di antara suami isteri tidak boleh dijadikan contoh untuk keluarga zaman sekarang dengan dinamik keluarga dan keperluan serta keadaan yang berbeza.

Semoga rumahtangga kita bahagia disisiNya. Insya'Allah.