Followers


ShoutMix chat widget

Saturday, January 15, 2011

Bagaimana Menantu Lelaki Mengambil Hati Mentua



Sebagai menantu lelaki, anda mungin menghadapi masalah tentang bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan ibu mentua. Mungkin juga anda malu atau tidak tahu bagaimana untuk mulakan hubungan tersebut. 

Salah satu langkah yang boleh dilakukan ialah dengan meluangkan waktu untuk lebih sering mengunjungi ibu mentua  atau lebih sering memperhatikan ibu mentua . Ini boleh dilakukan bersama isteri anda atau tidak.

Rapatkan hubungan anda dengan mentua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang-bincang tentang hal yang diminatinya, lebih sering mengunjunginya, mengajaknya berjalan-jalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung anda sendiri. Hal ini dapat membuatkan ibu mentua anda berasa bahawa anda memang menganggapnya sebagai individu yang dihargai.

 Libatkan mentua anda dalam setiap aktiviti yang anda lakukan jika perlu. Misalnya, anda boleh memintanya tolong menemani anda dan anak anda berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.

Fokuskan perhatian anda terhadap hal-hal yang baik yang ada dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya anda tahu dia adalah 'tukang masak' yang hebat. Anda boleh melihat dari sudut positifnya, misalnya anda dapat belajar masak walaupun anda seorang menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan yang lazat ketika isteri berpantang dari bersalin. Secara tidak langsung anda telah meringankan beban ibu mentua yang terpaksa menjaga isteri anda yang sedang berpantang.

Selalulah bersabar dan berdoa. Jangan anggap ibu mentua anda tidak suka kepada anda. Kaji tentang diri anda sendiri. Mungkin selama ini ada sikap anda yang memang membuat ibu mentua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian anda. Ingat, jika anda dapat bersabar, selalu memberi perhatian dan sikap positif terhadap ibu mentua, lama-kelamaan ibu mentua pun akan lembut hatinya.

Ingatlah, jika perilaku negatif dibalas negatif maka seringkali hasilnya tidak menggembirakan. Memang kebanyakan lelaki tidak pandai menyesuaikan diri dengan ibu mentua. Yang sering terjadi mereka lalu menghindarkan diri sejauh-jauhnya dari ibu mentua yang dianggap merumitkan suasana.

Istilah “mengambil hati mentua” itu ternyata ada benarnya juga. Fikirkan juga suatu hari nanti isteri anda akan menjadi seorang ibu mentua apabila anak anda kebetulannya perempuan. Fikirkan bagaimana nasib isteri anda nanti.

Hidup akan semakin mudah jika dari awal anda telah menetapkan batasan-batasan yang tegas antara isteri anda dan ibu kandungnya. Misalnya, tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua.

Jika kelakuan ibu mentua sudah melebihi batasnya, misalnya sudah terlalu ikut campur urusan rumah tangga anda atau sudah keterlaluan, maka kini saatnya anda minta isteri anda untuk “menegur” ibu kandungnya. Tentu sahaja dengan kata-kata yang sesuai. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si ibu mentua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Lain halnya jika anda yang mengatakannya sendiri kepada ibu mentua. Kemungkinan hubungan anda dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat dilupakan.

Jika pertengkaran antara ibu mentua dan menantu perempuannya tidak dapat dihindari, suami sebaiknya menjadi orang tengah yang adil. Katakan yang benar adalah benar dan yang salah adalah salah. Selalulah mengambil hati ibu mentua anda. Mungkin dengan membelikan ole-ole setiap kali anda bertugas di luar daerah juga salah satu perbuatan yang bagus.

Cubalah dan nikmati hasilnya. Insya'Allah.



No comments:

Post a Comment