Followers


ShoutMix chat widget

Wednesday, February 9, 2011

TIPS BAGAIMANA MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA

Tahukah anda bagaimana untuk mengawal kewangan sebenar? Dalam dunia yg segalanya memerlukan wang ini mengurus wang bukan perkara yang mudah apatah lagi jika sudah berkeluarga. Masalah kewangan juga adalah salah satu punca keruntuhan rumahtangga. Jika tidak diurus dengan betul maka akan terjadilah dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk anda tentang bagaimana mengurus kewangan dengan betul.

BELAJAR MENGAWAL DIRI
Tanamkan dalam minda kamu bahawa setiap tindakan mempengaruhi akibat kepada diri kita sendiri. Tanamkan kesedaran betapa pentingnya mengawal kewangan. Jangan berbelanja mengikut nafsu semata-mata. Fikir sebelum beli dan kamu harus belajar mengawal diri dalam setiap perkara yang ingin kamu buat

RANCANG KEWANGAN MASA DEPAN
kita mesti membuat perancangan masa depan dari awal. Sebagai ibubapa anda perlu membuat perancangan kewangan yg rapi bukan sahaja untuk jangka pendek tapi juga demi jangka panjang contohnya tabungan pendidikan anak-anak dan untuk waktu kecemasan

TAHU ALIRAN WANG
Kamu mesti tahu kemana aliran wang kamu. Kamu harus tahu betapa pentingnya perbelanjaan kurang dari pendapatan. Kamu perlu membuat bajet yang betul agar kamu dapat mengawal aliran wang dan mengelakkan pembaziran.

MULAKAN SIMPANAN KECEMASAN
Walau sedikit manapun lebihan pendapatan kamu, simpanan untuk kecemasan wajib ada agar sebarang kesulitan dapat diatasi dan dapat menghindar dari masalah kewangan kelak

JAGA KESIHATAN ANDA & KELUARGA
Jika kamu menjaga kesihatan dan menyimpan wang untuk kecemasan maka masalah kesihatan dapat diatasi dan wang kamu tidak membazir untuk membayar bil perubatan kelak.

JAGA HARTA DAN KEKAYAAN
Insurankan semua aset kamu sebagai langkah berjaga-jaga untuk kejadian yg tidak diingini di masa depan. Ingat malang tidak berbau, jangan biarkan aset anda lebur begitu sahaja.

BAYAR HUTANG TEPAT PADA MASA
Bagi mengelakkan double payment dan mngurangkan kadar perbelanjaan kamu bagi bulan berikutnya, maka kamu harus menjelaskan hutang mengikut waktu yg ditetapkan. Ini juga dapat meringankn beban kamu jika hutang segera dilangsaikan.

SIMPANAN HARI TUA
Mulakan membuat simpanan untuk hari tua kamu kelak agar kamu tidak perlu menyusahkan sesiapa bagi menanggung kos sara hidup kamu di hari tua nanti.

Semoga info ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan kewangan rapi demi menjamin masa depan anda dan keluarga.

Sunday, February 6, 2011

~@ tHePiNkLaDy @~: 25 PERKARA MENARIK ANTARA LELAKI & WANITA

~@ tHePiNkLaDy @~: 25 PERKARA MENARIK ANTARA LELAKI & WANITA: "Kita selalu mendengar rungutan antara lelaki dan wanita. seperti mana yg kita tau hikmah kejadian setip lelaki dan wanita adalah berbeza. ja..."