Followers


ShoutMix chat widget

Sunday, January 30, 2011

22 Pantang Larang Utk Bakal Pengantin



Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari.

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

 Masih ada banyak lagi pantang yg dipraktikkan oleh para ibubapa dulu dan kini. selebihnya akan menyusul akan datang ok! tunggu taw..

Saturday, January 22, 2011

25 Perkara Buat Suami Marah


 Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa ada perbuatan kita yang membuatkan suami sakit hati dan boleh mengundang kemarahan suami. Berikut dikongsikan beberapa contoh perbuatan tersebut. :

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.."

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah>buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan bermesra.

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. "sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul.."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila", terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry"

Jangan membuatkan sang suami merasa terabai dengan tindakan anda. Hati-hati dengan tindak tanduk anda!

Bagaimana Menjadi Isteri yang Selalu Dicintai Suami



Kebanyakan isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suaminya. Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri.

Tetapi patut direnungkan, bahwa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Apa ertinya ini? Ya, ertinya adalah bahawa cinta memerlukan usaha! Jika ingin suami selalu cinta kepada Anda, Anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya ! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"

Bahawa suami mencintai Anda kerana Anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah Anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?

Banyak perempuan yang tidak merasa yakin, setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis, berusahalah membuat suami Anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada Anda!

Sebelum membicarakan cara membuat suami selalu cinta, ada satu hal yang menjadi inti persoalan dan tidak boleh dilupakan, yaitu bahwa cinta adalah anugerah yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya, dan inilah yang disebut cinta yang hakiki atau cinta sejati. Allah-lah pemilik cinta, Allah-lah yang menjadikan cinta antara suami-isteri. "Dan diantara ayat-ayatNya adalah diciptakanNya untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS Ar-Ruum:21).

Oleh itu, diatas segala-galanya, seorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahwa jurus yang paling penting dan efektif untuk meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagaimana caranya? Iaitu dengan berusaha sedaya upaya untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dengan kata lain, dengan cara berusaha menjadi seorang muslimah shalihah. Harm bin Hayyan, seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, "Tiada seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya."

 Isteri harus bijak mengambil hati suami dalam apa jua keadaan!

5 Cara Supaya Sentiasa Dicintai Suami




1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).

Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapapun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.

2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).

3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Bila Anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, Anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).

Oleh itu apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami Anda. "Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu. Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Disaat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.

4) Berusaha untuk menjadi partner yang menyenangkan di kamar tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif meski kepada suaminya sendiri. Ini kerana adanya anggapan bahawa perempuan yang agresif dianggap murahan dan tidak terhormat. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang bersikap agresif kepada suaminya sendiri.

5) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan Anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk Anda!

  Manfaatkannya semoga anda akan berjaya!

10 Sebab Jangan Pilih Suami Orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu.Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. 

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...

Untuk Adam Dari Hawa


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku 
sentiasa inginkan bimbingan darimu, 
sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami


Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, 
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.....

Bicara Sang Suami


Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali 
pohon perkahwinan ini 
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu..... seorang isteri. 

Bila isteri mengamuk


Kadang-kadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya\
 isteri telah banyak membantu kita. 
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "

Bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata


Akan tiba masanya 
bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri 
yang memburu keredhaan suami
 tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Arghh... tiba-tiba isteri merungut!


 kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."





6Tip membentuk akidah anak


1. Mewujudkan suasana kasih sayang dan harmoni untuk memastikan perkembangan diri anak-anak yang betul.

2. Menjaga mereka daripada sebarang jenis kejahatan termasuk pengabaian, penganiayaan dan penyalahgunaan.

3. Menyediakan makanan yang seimbang, rumah yang sesuai, kemudahan riadah dan perkhidmatan kesihatan.

4. Membuka peluang dan memberi kemudahan agar kanak-kanak dapat mengembangkan potensi diri dalam keadaan bebas dan penuh mulia bersesuaian dengan al-Quran sebagai kod aturan hidup.

5. Memberi pendidikan formal yang terbaik bersesuaian dengan bakat dan kebolehan kanak-kanak

6. Memberi pendidikan rohani setinggi yang mungkin agar ia menjadi insan yang merupakan asas utama seorang Muslim. 

Ibu bapa perlu memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dalam menjalankan tanggung jawab menjaga dan memberi pendidikan kanak-kanak.

Dekatkan anak dengan ilmu akidah


Sebagai ibu bapa moden masa kini, pastinya anda bijak dan tahu tentang peranan asas ibu bapa, namun pendidikan akidah perlu dilakukan dengan pendekatan yang tidak formal bagi memastikan anak-anak dapat menghayati sepenuh jiwa raga tanpa paksaan atau takutkan kepada ibu bapa itu sendiri. Beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik akidah anak-anak, antaranya sebagai ikutan atau role model, sebagai pendidik, sebagai pendorong dan sebagai penyampai maklumat atau ilmu.


Ibu bapa sebagai role model
Ibu bapa merupakan role model yang paling berkesan untuk anak-anak. Segala apa yang mereka lakukan akan dilihat dan diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, setiap ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik dari segi akidah mereka terlebih dahulu. Ibu bapa yang tidak mementingkan persoalan ini boleh menjadikan anak-anak hilang pedoman. Merekalah yang akan menentukan arah mana yang akan menjadi ikutan anak-anak.


Pendidik tidak formal
Selain menjadi role model bagi membentuk akidah, ibu bapa juga bertindak sebagai pendidik secara tidak formal. Pendekatan secara nyata dan tersurat boleh digunakan dalam pendidikan akidah. Misalnya, memperkenalkan cerita-cerita para Rasul dan orang-orang soleh untuk kanak-kanak. Begitu juga dengan cara mendedahkan anak-anak kepada al-Quran atau tulisan jawi. Dengan ini pegangan agama dan akidah tersemat erat dalam diri kanak-kanak. Mereka boleh menghubungkan segala aspek kehidupan dengan pegangan akidah.


Pendorong anak-anak
Ibu bapa juga boleh bertindak sebagai pendorong kepada anak-anak. Mereka boleh menguatkan pegangan akidah dengan menyediakan segala kemudahan pembelajaran. Begitu juga mereka boleh menjawab persoalan yang dikemukakan oleh anak-anak dengan mewujudkan suasana mesra di dalam rumah. Ibu bapa juga merupakan penghalang utama kepada pengaruh negatif yang mungkin menyerang kanak-kanak daripada pelbagai sudut seperti bahan bacaan, hiburan dan keadaan sekeliling.

Di samping itu, ibu bapa bertindak sebagai penyampai maklumat atau ilmu. Ini kerana, ibu bapa merupakan orang pertama yang dikenali oleh kanak-kanak. Mereka hendaklah menyampai maklumat sepenuhnya tentang Islam terutama berkenaan akidah keimanan dan tatacara kehidupan seorang Muslim.

Jika mereka gagal menyampaikan ilmu, nasib anak-anak akan terbiar. Mereka menjadi jahil kerana sikap ibu bapa yang tidak mengambil peduli pada penyampaian ilmu. Ini penting kerana ilmu berkaitan akidah dan sebagainya dipindahkan menerusi cara perkhabaran, terutamanya pada peringkat kanak-kanak.

Pendidikan kolektif
Kanak-kanak juga perlu mendapat pendidikan secara kolektif di rumah. Antaranya solat berjemaah, membaca al-Quran, makan bersama, lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan dengan Islam, perbincangan atau sambutan hari kebesaran Islam. Salah satu amalan yang boleh dilakukan oleh pihak keluarga dan sekolah untuk kanak-kanak adalah solat jemaah. Setiap hari, pihak sekolah misalnya menyediakan suatu waktu supaya murid-murid dapat melaksanakan amalan solat secara jemaah dengan bapa sebagai imam. Dengan adanya amalan sedemikian, ia dapat menguatkan pegangan akidah kanak-kanak. Amalan solat kemudiannya akan menjadi sebati dalam diri mereka.

Membaca al-Quran
Selain itu, pihak ibu bapa dan sekolah juga perlu memperuntukkan masa untuk mengajar al-Quran kepada kanak-kanak. Di rumah, ibu ataupun bapa boleh mengajar anak-anak dengan al-Quran. Ia boleh dimulakan dengan mengajar buku Iqra’ atau lain-lain buku permulaan bagi membolehkan kanak-kanak mengenal dan kemudiannya dapat membaca al-Quran dengan lancar. Setelah itu, mempelajari al-Quran bukan hanya terhad kepada pembacaan semata-mata, tetapi perlu menjurus kepada pemahaman dan pengamalan kandungannya. Pendedahan awal kepada bahasa Arab memudahkan usaha memahami al-Quran. Dengan itu, pihak sekolah perlu berusaha supaya pendidikan bahasa Arab diperkenalkan kepada semua murid beragama Islam.

Makan bersama
Anak-anak juga perlu dididik dengan amalan makan bersama ahli-ahli keluarga. Di samping menikmati hidangan bersama, ibu bapa boleh menggunakan kesempatan memberi nasihat sambil berbual-bual. Antara perkara yang boleh dijelaskan adalah ilmu berkaitan halal haram sesuatu makanan dan minuman. Ibu bapa boleh menjelaskan sebab-sebab ia diharamkan. Dalam sejarah dakwah Rasulullah, baginda pernah menjemput kaum keluarga baginda bagi menyampaikan seruan Islam. Oleh itu, masa makan sepatutnya digunakan sebaik-baiknya untuk menanam ajaran Islam terutama akidah dan nilai-nilai murni.
  
Lawatan ke tempat bersejarah
Satu lagi aktiviti yang boleh dijalankan oleh ibu bapa ialah lawatan ke tempat bersejarah. Hal ini bertepatan dengan ajaran al-Quran yang menganjurkan umatnya mengembara ke merata tempat bagi mengambil pengajaran dan menambah pengalaman hidup. Anak-anak tidak sepatutnya dibiarkan terperap di dalam rumah sehingga membantutkan akal dan pemikiran mereka. Kata orang, banyak berjalan banyak pengalaman. 

Berbincanglah
Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk berbincang dengan anak-anak dan berusaha mewujudkan suasana perbincangan dalam keluarga. Pendekatan sebegini akan memudahkan kanak-kanak meluahkan masalah yang mereka hadapi.

Sambutan hari besar
Meraikan sambutan hari-hari penting dalam kalendar Islam seperti Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban, permulaan puasa bulan Ramadan, tahun baru Hijrah, Maulidur Rasul dan sebagainya boleh mengeratkan hubungan anak-anak dengan Islam. Ia juga boleh membentuk jati diri anak-anak apabila kuatnya tautan mereka dengan ajaran agama.

Bagaimana 'baby blues' bermula & Cara mengatasinya



      Perasaan yang tidak menentu boleh bermula dengan sesuatu perkara remah yang adakalanya tidak berkaitan sama sekali. Misalnya, seorang rakan anda masuk ke bilik anda dan bertanya khabar. Tanpa sebab munasabah, anda tiba-tiba saja menangis. 

     Reaksi suami yang tidak pandai memujuk, melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak anda akan menambah lagi tekanan perasaan. Sesetengah wanita tidak suka menangis di hadapan orang lain terutama suami mereka, oleh itu mereka sentiasa menahan perasaan. Keadaan ini menyebabkan perasaan mereka semakin tertekan.

Cara mengatasi

Perasaan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Misalnya, anda sendiri yang memutuskan untuk menghentikannya dengan mengatasi segala masalah yang timbul dan lebih berani berhadapan dengan segala perkara yang mendatang. 

Tip

1. Kurangkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika anda tertekan dengan kerja-kerja rumah, usahakan seseorang untuk membantu anda.

2. Jangan pendam perasaan. Biarkan diri anda menangis kerana ia cara semulajadi untuk mengurangkan tekanan. Jangan rasa malu untuk meluahkan perasaan.

3. Jelaskan kepada suami anda kenapa anda menjadi emosi dan jelaskan kepadanya bahawa anda tidak mengharapkannya untuk menyelesaikannya tetapi cukup sekadar memahami. Misalnya memeluk anda sewaktu anda menangis.

4. Bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang memahami tekanan perasaan yang anda alami. Menyembunyikan perasaan tidak menyelesaikan masalah.

5. Minta pertolongan. Jika anda memerlukan pertolongan atau nasihat, carilah seseorang yang boleh membantu anda.

6. Luangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri anda. Minta seseorang untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukannya.

‘Baby blues’ yang serius dan semakin parah dinamakan ‘postpartum depression’. Dalam kes ini, keluarga yang terlibat haruslah mendapatkan bantuan profesional.

7 Sebab berlakunya 'baby blues'



Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan ini:

1. Perubahan hormon
Semasa hamil, terdapat beberapa perubahan dari segi paras hormon. Hormon-hormon ini berada pada paras tertentu untuk mengekalkan kehamilan. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, paras hormon tersebut akan turun secara mendadak. Penurunan paras hormon secara mendadak ini biasanya penyebab kepada ketidakstabilan emosi.


2. Pengalaman melahirkan
Kelahiran yang sukar dan mencabar juga menyumbang kepada perubahan emosi. Realiti yang meleset daripada jangkaan atau apa yang diharap-harapkan merupakan penyumbang terbesar kepada ketegangan perasaan ini. Misalnya, keinginan yang meluap-luap untuk mendapatkan anak lelaki tetapi melahirkan anak perempuan mungkin menyebabkan kekecewaan.

3. Keletihan
Proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak dan amat meletihkan. Berbaring tanpa melakukan sebarang pekerjaan kadangkala menjemukan dan boleh menimbulkan tekanan.

4.Perubahan cara hidup
Sebaik sahaja mempunyai anak kecil, terutamanya anak sulung, cara hidup pasangan tersebut akan serta-merta berubah. Perasaan mempunyai anak kecil dan komitmen yang perlu diberikan kepadanya boleh membuatkan seseorang itu rasa terperangkap dan tidak bebas melakukan apa yang diingini.

5. Rasa tidak berkebolehan
Wanita moden berkerjaya sentiasa rasa berkebolehan dan cekap melakukan sesuatu pekerjaan. Apabila pertama kali mempunyai anak, perasaan tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan perkara-perkara yang di luar kawalan boleh menimbulkan rasa tawar hati dan menyebabkan tekanan perasaan.

6. Pengasingan
Berpantang di dalam rumah kadangkala menimbulkan rasa keseorangan dan terasing, terutama apabila kunjungan rakan-rakan dan saudara-mara semakin berkurang. Tempoh dua bulan bercuti menimbulkan rasa jemu terutama bagi wanita bekerja yang mempunyai ramai kawan. Berbual bersama rakan, mesyuarat dengan pelanggan dan interaksi dengan pekerja lain menimbulkan rasa penting pada seseorang. Hal ini akan lenyap apabila berada di rumah.

7. Komplikasi pada bayi
Sekiranya bayi yang dilahirkan berhadapan dengan sebarang komplikasi, hal ini akan menimbulkan tekanan kepada si ibu.

Ketengangan ('Baby blues') selepas melahirkan


      Sesetengah ibu akan mengalami ketegangan sebaik sahaja selepas bersalin. Ini dikenali sebagai ‘postpartum depression’ atau ‘baby blues’ atau dikenali juga sebagai ‘third day blues’ kerana biasanya terjadi selepas hari ketiga kelahiran. 

     Sesetengah kes berlaku selepas satu atau dua minggu kelahiran, yang mana mereka berasa terlalu sensitif dan emosional meskipun terhadap perkara-perkara yang kecil dan remeh. Kajian menunjukkan wanita yang mengalami ketegangan ini biasanya mempunyai bayi yang kerap menangis.

      Namun belum dibuktikan sama ada bayi meragam yang membuatkan si ibu tertekan, atau pun keadaan ibu yang tidak gembira membuatkan bayi turut meragam. Namun kemungkinan kedua-dua hal ini benar, ia merupakan satu putaran yang terus berulang.

       Mungkin anda berfikir bahawa anda tidak pernah mengalami ketegangan seumpamanya. Namun kajian menunjukkan hampir semua ibu mengalami fenomena ini, cuma tempoh yang singkat menyebabkan mereka tidak menyedarinya.

 Biasanya mereka mengalaminya hanya selama beberapa hari dan terus lupa sebaik sahaja fenomena itu berakhir.


21 Tips Perjalanan Jauh Ketika Hamil


Langkah utama adalah anda perlu meminta nasihat doktor yang menjaga sama ada perjalanan jauh itu sesuai untuk anda dan kandungan.

Selain itu, langkah-langkah berikut boleh diambil:

1. Pastikan anda sudah berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

2. Lebih penting lagi, suami yang akan memandu juga perlu cergas dan sudah cukup berehat supaya tidak mengantuk dan letih ketika dalam perjalanan.

3. Memakai pakaian dan kasut yang selesa.

4. Pastikan anda membawa bekalan makanan dan minuman (walaupun berpuasa).

5. Elakkan daripada mengambil minuman bergas.

6. Seseorang wanita yang hamil dan bermusafir pula, boleh berbuka puasa.

7. Pastikan anda minum air secukupnya ketika dalam perjalanan jika mengambil keputusan untuk tidak berpuasa.

8. Apabila anda berada dalam keadaan duduk yang agak lama, letakkan bantal kecil di belakang dan cuba lunjurkan kaki. Keadaan ini boleh mengurangkan kaki menjadi bengkak dan juga memperbaiki peredaran darah.

10. Posisi ini penting terutama bagi ibu yang mengalami urat bersimpul atau vena varikos, iaitu saluran (darah) vena menjadi kembang dan bengkak di bahagian kaki.

11. Urat bersimpul menjadi lebih teruk pada akhir kehamilan apabila berdiri atau kaki tergantung buat masa yang lama. Oleh itu, mengangkat kedua-dua kaki ke atas boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak vena.

12. Pada posisi ini, pengaliran darah berlaku dengan lebih baik dan tidak terkumpul di bahagian kaki. Jika anda melakukan perjalanan dengan kereta, pastikan kereta berkeadaan baik dan baru diservis.

13. Perjalanan hendaklah dirancang dan jangan tergesa-gesa di jalan raya.

14. Anda boleh berhenti pada bila-bila masa diperlukan untuk meregangkan badan dan memperbaiki peredaran darah.

15. Ketika di dalam kereta, pastikan anda memakai tali keledar. Langkah ini penting untuk menyelamatkan nyawa jika berlaku kemalangan.

16. Jangan risau mengenai janin akan terhimpit oleh tali itu kerana janin mempunyai air ketuban di sekeliling. Air itu adalah mekanisme untuk perlindungannya. Tidak ada bukti menunjukkan bahawa tali keledar boleh meninggikan risiko kecederaan janin.

17. Pakai tali keledar dengan meletakkan tali itu di bahagian perut, iaitu pada paras bawah yang mungkin. Tali di bahagian dada pula diletakkan di antara kedua-dua payu dara.

18. Anda mungkin perlu membuat pertukaran kedudukan tali dari semasa ke semasa supaya ia betul-betul selesa.

19. Jika anda ingin menaiki pesawat, anda mungkin memerlukan surat doktor yang menyatakan bahawa anda dan kandungan berkeadaan sihat dan sesuai untuk perjalanan itu.

20. Bagi memudahkan kedudukan dan pergerakan, anda dinasihatkan meminta tempat duduk berdekatan dengan laluan dan bukan di tepi tingkap.

21.Gerakkan kaki sekerap mungkin untuk memperbaiki peredaran darah.

Perjalanan jauh bukan tidak boleh bagi ibu hamil, sebaliknya perlulah dirancang supaya semuanya berjalan dengan baik Insya-Allah.

Perempuan bagaikan angin


Ayuh kita berfikir sejenak ke alam rumahtangga..

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin. 

Friday, January 21, 2011

~@ tHePiNkLaDy @~: Kisah rumput dan Si Dia

~@ tHePiNkLaDy @~: Kisah rumput dan Si Dia: "Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut se..."

10 Hadiah Bermakna yang Sering Dilupai Untuk Si Dia



Semua orang pasti akan sentiasa mnecari cara bagaimana untuk mengambil hati orang yang tersayang. Namun begitu anda mengkin terlepas pandang akan beberapa cara yang mudah dan sangat bererti buat si dia. Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk anda praktikkan. 

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Tips-tips ini juga sesuai di gunakan untuk mengambil hati orang-orang disekeliling anda bukan cuma buat si dia. Semoga berjaya ya!